Posted by: Ruslan Mamat | November 17, 2007

KESILAPAN2 KETIKA MENGERJAKAN SOLAT (bhg 3)

Berikut merupakan beberapa contoh kesilapan yang seringkali dilakukan oleh mereka yang mengerjakan sembahyang:

1. SEMBAHYANG TANPA ILMU

Orang yang mengerjakan sembahyang tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”. Islam menitik-beratkan ilmu. Ilmu itu wajib didahulukan atas amal, kerana ilmu merupakan petunjuk dan pemberi arah amal yang akan dilakukan. Imam Bukhari meletakkan satu bab tentang ilmu dalam Jami’ Shahihnya, dengan judul “Ilmu itu Mendahului Perkataan dan Perbuatan.” Para pemberi syarah atas kitab ini menjelaskan bahwa ilmu yang dimaksudkan dalam judul itu hendaklah menjadi syarat bagi keshahihan perkataan dan perbuatan seseorang. Kedua hal itu tidak dianggap shahih kecuali dengan ilmu; sehingga ilmu itu didahulukan atas keduanya. Ilmulah yang membenarkan niat dan membetulkan perbuatan yang akan dilakukan. Mereka mengatakan: “Imam Bukhari ingin mengingatkan orang kepada persoalan ini, sehingga mereka tidak salah mengerti dengan pernyataan ‘ilmu itu tidak bermanfaat kecuali disertai dengan amal yang pada gilirannya mereka meremehkan ilmu pengetahuan dan enggan mencarinya.” Rasulullah SAW pertama sekali memerintahkan umatnya untuk menguasai ilmu tauhid, baru kemudian memohonkan keampunan yang berupa amal perbuatan. Walaupun perintah di dalam ayat itu ditujukan kepada Rasulullah SAW, tetapi maksudnya juga mencakup seluruh umatnya. Firman Allah: “.….. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’ (yakni golongan orang-orang yang berilmu)…. …” (Surah Fathir: ayat 28) Ibarat orang yang berjalan di dalam gelap. Seorang membawa bekal sebuah lampu suluh. Manakala seorang lagi berjalan dalam kegelapan tanpa membawa bekal lampu suluh. Orang yang sembahyang dengan bekal ilmu yang ada padanya samalah seperti orang yang berjalan dalam gelap yang membawa bekal sebuah lampu suluh. Tentu orang ini akan sampai ke tempat tujuannya. Sebaliknya, orang yang sembahyang tanpa ilmu, dia diibaratkan seperti orang yang berjalan dalam gelap tanpa membawa bekal lampu suluh. Maka berjalanlah dia selama-lamanya dalam kegelapan itu! Sampai kiamatpun, dia tidak akan sampai ke tempat tujuannya. Begitulah juga dengan sembahyang anda! Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hamba yang melakukan sembahyang yang diwajibkan kepadanya ada yang mendapat ganjaran sepersepuluhnya, ada yang mendapat sepersembilannya, ada yang mendapat seperdelapannya, ada yang mendapat sepertujuhnya, ada yang mendapat seperenamnya, ada yang mendapat seperlimanya, ada yang mendapat seperempatnya, ada yang mendapat sepertiganya, atau ada yang mendapat setengahnya.” (Hadis riwayat Imam Ibnu Mubarak, Abu Dawud, dan Nasa’i) Maka sembahyanglah dengan ilmu. Bukan sembahyang sekadar budaya atau Islam baka. Bagaimana hendak mencari ilmu tentang sembahyang. Kita jangan pula lupa. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW yakni surah Al Alaq. “Bacalah…bacalah atas nama Tuhanmu………..” Dengan banyak membaca, kita akan dapat mencari dan menimba ilmu. Jika kita tidak faham akan isi kandungan yang kita baca, bertanyalah kepada mereka yang arif. Bacalah kitab hadis yang banyak menerangkan tatacara sembahyang yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Sebagai orang Islam, belilah dan simpanlah kitab hadis terutamanya kitab hadis Bukhari dan Muslim untuk kita jadikan rujukan kita. Bukan setakat hal ehwal sembahyang sahaja yang akan kita temui dalam kitab-kitab hadis ini, malah segala hal ehwal kehidupan dunia dan akhirat boleh kita jadikan rujukan dan panduan beragama kita.

2. MELAFAZKAN NIAT

Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan sembahyang. Malah ada yang melafazkannya dengan kuat sehingga mengganggu jema’ah di sebelahnya. Ini bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW. Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan sembahyang. Niat tidak dilafazkan. Dan tidaklah disebutkan dari Rasulullah SAW dan tidak pula ada petunjuk dari salah seorang sahabat bahwa niat itu dilafazkan. Niat bererti mensengajakan diri untuk sembahyang, menghambakan diri kepada Allah semata-mata, serta menguatkannya dalam hati. Rasulullah SAW bersabda: “Semua amal tergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapat (balasan) sesuai dengan niatnya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain) (Rujuk kitab Al Irwa’, hadis no. 22). Abu Dawud bertanya kepada Imam Ahmad. Dia berkata, “Apakah orang sembahyang mengatakan sesuatu sebelum dia takbir?” Imam Ahmad menjawab, “Tidak.” (Rujuk kitab Masaail al Imam Ahmad hal 31 dan kitab Majmuu’ al Fataawaa XXII/28). As Suyuthi berkata, “Yang termasuk perbuatan bid’ah adalah was-was (selalu ragu) sewaktu berniat sembahyang. Hal itu tidak pernah diperbuat oleh Rasulullah SAW mahupun para shahabat beliau. Mereka dulu tidak pernah melafazkan niat sembahyang sedikitpun selain hanya lafaz takbir.” Malah Imam Syafi’i juga berkata, “Was-was dalam niat sembahyang dan dalam thaharah termasuk kebodohan terhadap syariat atau membingungkan akal.” (Rujuk kitab Al Amr bi al Itbaa’ wa al Nahy ‘an al Ibtidaa’). Maknanya, sesudah kita ambil wudhuk, kita mengadap ke arah kiblat. Lalu berniat dalam hati: “Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat raka’at tunai kerana Allah Taala.” (Sekadar contoh). Lalu kitapun bertakbir: Allahu Akbar. Tidak perlulah kita melafazkan “Usholli fardhu……………….” sebagaimana yang diamalkan oleh kebanyakan kita kerana amalan melafazkan niat ini bertentangan dengan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Ramai di kalangan kita, hanya tahu melafazkan niat tetapi tidak tahu pula makna yang dilafazkannya. Ada yang mengatakan bahwa niat itu adalah salah satu rukun dari rukun-rukun sembahyang maka hendaklah dimulai ketika mengangkat tangan takbiratul ihram sampai pada kata akbar, sebab rukun suatu amalan hendaklah berada di dalam amalannya.
Yang benar, niat adalah syarat semua amalan, bukan rukun dalam setiap amalan.
Contohnya ketika sembahyang. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang rosak sembahyangnya: “Jika kamu bangkit hendak sembahyang, maka baguskanlah wudhukmu, kemudian mengadaplah ke arah kiblat lalu bertakbirlah, selanjutnya bacalah yang termudah bagimu dari Al-Qur’an.” (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Hadis ini sangat jelas menunjukkan bahwa Rasulullah SAW memerintahkan untuk memulai sembahyang dengan perintah “bertakbirlah”, bukan dengan “melafazkan niat” , dan tidak juga “bertakbirlah dan sertakan niat dalam takbirmu” (Hal ini banyak dilakukan oleh masyarakat kita di Malaysia. Menyertakan niat ketika melafazkan takbir! Maka kerana itulah kita dapati ada orang yang takbiratul ihram berulang kali atas alasan niat tidak masuk sewaktu takbir). Na’uzubillah…………. Tidak ada suatu dalilpun daripada para sahabat yang mengatakan bahawa niat itu perlu dilafazkan. Ini kerana maksud kalimat “Jika kamu bangkit hendak sembahyang….” sudah menunjukkan suatu maksud keinginan untuk sembahyang. Itulah yang disebut niat.
Kalaulah memang niat adalah rukun sembahyang yang memerlukan lafaz khusus, nescaya Rasulullah
SAW mengajarkannya kepada para sahabat. Seperti halnya bacaan tahyat. Ibnu Mas’ud RA berkata: “Rasulullah SAW mengajarku tahyat dan tanganku berada di antara kedua tangan beliau, sebagaimana beliau mengajarku Surah Al-Qur’an.” Sungguh sangat disayangkan adanya orang yang dihinggapi rasa was-was. Mereka terlihat seringkali dalam sembahyang mengulang-ulang takbiratul ihram, bahkan sampai imam telah rukuk pun ia belum selesai bertakbiratul ihram. Alasannya, kerana niat belum masuk ketika takbiratul ihram. Astaghfirullah……. Munculnya pendapat bahwa sembahyang wajib melafazkan niat dengan lisan adalah dari kesalahan fahaman Abdullah bin Az-Zubairy dalam mentafsir ucapan Imam As-Syafi’i: “Jika seseorang berniat haji atau umrah maka sudah cukup, walaupun tidak dilafazkan. Berbeza dengan sembahyang, tidak sah kecuali dengan ucapan.” Abdullah Az-Zubairy mengatakan bahwa Imam As-Syafi’i mewajibkan lafaz niat ketika mahu memulakan sembahyang”.
Imam An-Nawawi menuturkan: Para sahabat kami berkata: “Telah tersalah orang ini (Abdullah Az-Zubairy), bukanlah yang dimaksud Imam As-Syafi’i dengan ‘ucapan’ itu niat, tetapi yang dimaksudkan adalah takbir.”

Jadi, menisbatkan ‘Usholli’ kepada Imam As-Syafi’i itu tidaklah benar. Kalau memang ada ulama’ yang berpendapat seperti itu, maka seharusnya perkataan (sabda) dan amalan Rasulullah SAW wajib didahulukan, berbanding qaul para ulama’. Dan inilah dalil yang shahih, akan tetapi ramai di kalangan kita tidak memerhatikan dalil ini dengan akal yang terbuka. Kita jadi tahsub semberono tanpa berpandukan kepada nas dan dalil Al Qur’an dan Sunnah asulullah SAW.

3. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM

Macam-macam cara orang sembahyang mengangkat tangan – takbir. Ada yang angkat tangan sampai melepasi kepala. Ada orang angkat takbir ala kadarnya sahaja. Tidak mencontohi tatacara Rasulullah SAW mengangkat takbir. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu , ia berkata: “Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai sembahyang, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih). Atau mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis riwayat Malik bin Al-Huwairits Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang telinga setiap kali bertakbir (di dalam sembahyang).” (Hadis riwayat Imam Muslim). Berdasarkan kedua-dua hadis ini, kita disunatkan mengangkat kedua-dua tangan ketika melakukan takbiratul ihram dengan mendedahkan tapak tangan tersebut serta menjarangkan sedikit jari-jarinya. Kedudukan kedua-dua tapak tangan itu sejajar dengan kedua bahunya serta jari-jarinya berada sejajar dengan telinga. Sunat ketika mengangkat tapak tangan itu sebaya dengan melafazkan takbir. (Rujuk kitab: I‘anah Ath-Thalibin, bab Ash-Shalah, Fasal Fi Shifat Ash-Shalah: 1/218-219) Demikian juga disunatkan menundukkan kepala sedikit dan melihat ke tempat sujud sebelum mengangkat takbir. (Rujuk kitab Fath Al-‘Allam, Fasal Fi Arkan Ash-Shalah, Furu‘ Tata‘allaq Bi At-Takbir: 2/234) Disyaratkan juga kepada orang yang mengikut imam, mengakhirkan takbirnya sehingga imam sempurna melafazkan takbir. Jika takbir makmum tersebut mengiringi sebahagian takbir imam, maka dikira tidak sah sembahyang makmum itu sebagaimana menurut As-Syarqawi. (Rujuk kitab Fath Al-‘Allam, Fasal Fi Arkan Ash-Shalah, Syuruth Shihhah At-Takbirah Al-Ula: 2/229)Wajib pula bagi orang yang mengerjakan sembahyang itu mendengar setiap huruf takbir yang dilafazkannya ketika mengangkat tabiratul ihram tersebut. Sebagaimana dengan rukun qauli yang lainnya seperti membaca surah Al-Fatihah, tahyat dan salam. Hukum wajib mendengar itu adalah bagi orang yang baik pendengarannya. Sementara orang yang tidak baik pendengarannya seperti tuli atau disebabkan ada halangan untuk mendengar seperti riuh rendah tempat itu, maka tidaklah diwajibkan dia mendengarnya, akan tetapi wajib dia melafazkan takbir itu dengan suara yang tinggi atau nyaring dengan kadar apa yang dapat didengarnya jika dalam keadaan dia boleh mendengar. (Rujuk kitab I‘anah Ath-Thalibin, bab Ash-Shalah, Fasal Fi Shifat Ash-Shalah: 1/217-218)Ataupun dilafazkan dengan kalimah Allahul Akbar (ditambah huruf “alif” dan “lam” pada kalimah Akbar Tidak sah melafazkan takbir itu seperti contoh-contoh berikut:i. Mendahulukan kalimah “Akbar” daripada lafzul JalalahAllah ” ataupun ii. Menukar kalimah “Akbar” kepada kalimah “Kabir” kerana ia menghilangkan makna mengagungkan.Tidak sah melafazkan takbir dengan menambah huruf pada ucapan takbir itu yang boleh menukar maknanya seperti berikut:· Memanjangkan huruf hamzah pada lafzul Jalalah atau pada kalimah “Akbar” . Ini kerana menukar maknanya kepada pertanyaan (istifham).· Memanjangkan huruf “ba” pada kalimah akbar maka menjadilah ia sebagai jama‘ kepada kabar yang bererti gendang yang satu muka.· Menambah huruf “wau” sebelum lafzul Jalalah · Menurut Ibnu Hajar, menambah huruf “wau” sakinah (bertanda mati) di antara dua kalimah takbir, seperti kerana ia menjadikan jama‘ pada kalimah lah (لاه) yang bererti berkilauan, atau menambah huruf “wau” mutaharrikah (yang berbaris) seperti · Menambah mad huruf “alif” di antara huruf “lam” dan “ha” dalam lafzul Jalalah sehingga melebihi had yang tidak dianjurkan oleh ahli qurra’. Menurut Ibnu Hajar, kadar had panjang mad huruf “alif” di atas itu adalah sebanyak tujuh alif dan setiap satu alif pula mempunyai dua harkat. (Malah ada di kalangan kita melafazkan takbir dengan “AllaWu-Akbar” dan bukannya “Allahu-Akbar”. Hal ini banyak berlaku di kalangan mu’azin, baik ketika azan dan iqamah.) Dalam melafazkan takbir itu, tidak mengapa jika berhenti sekejap di antara dua kalimah takbir dengan kadar berhenti mengambil nafas. Manakala menurut Al-Azdra‘ie, tidak mengapa jika melebihi kadar berhenti itu daripada kadar mengambil nafas seperti orang yang gagap. Demikian juga, tidak mengapa jika disebut dalam takbir itu dengan membunyikan huruf “ra” yang berbaris depan . (Rujuk kitab I‘anah Ath-Thalibin, bab Ash-Shalah, Fasal Fi Shifat Ash-Shalah: 1/215-216)Walau bagaimanapun sunat huruf “ra” dalam kalimah “Akbar” itu dibunyikan dengan tanda mati. (Rujuk kitab Fath Al-‘Allam, Fasal Fi Arkan Ash-Shalah, Furu‘ Tata‘allaq Bi At-Takbir: 2/234)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: