Posted by: Ruslan Mamat | Ogos 25, 2008

RASULULLAH SAW……SETELAH MENINGGALKAN KITA

Rasulullah saw telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun, dalam Haji Wada’ iaitu Haji perpisahan baginda telah bersabda iaitu:

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara iaitu Al-Quran dan As Sunnah, maka berpegang teguhlah kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya.

Dari kajian yang dijalankan umat Islam akan mengikut umat Yahudi dan Nasarani. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw seperti berikut:-

Maksudnya:-

Maka sesungguhnya sesiapa yang hidup lama di antara kamu selepas wafat ku nescayalah dia dapat melihat perselisihan yang banyak. Ketika itu maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafah Al_Rashidin yang mendapat petujuk. Berpegang teguhlah dengannya ( Sunnah dan Sunnah Khalifah) dan gigitlah dengan gerahammu. – Riwayat Abu Daud.

Maka hadis di atas menunjukkan bahawa akan berlaku perselisihan yang banyak selepas wafatnya Rasulullah maka hendaklah kaum muslimin dan muslimat berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah Nabi saw dan sunnah Kulafah Al-Rashidin. Dan sesungguhnya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Selama-lamanya disitu bemaksud sehingga hari kiamat. Dan sesungguhnya hadis yang memberitakan tentang perpecahan sangatlah banyak. Malahan Al Quran pun memberi peringatan tentang perkara tersebut seperti ayat di bawah:

Dan mereka menetapkan bagi Allah apa yang mereka sendiri membencinya, dan lidah mereka mengucapkan kedustaan, iaitu bahawa sesungguhnya merekalah yang akan mendapat kebaikan. Tiadalah diragukan bahawa nerakalah bagi mereka, dan sesungguhnya mereka segera dimasukkan (ke dalamnya). (Quran 16:62)

Demi Allah, sesungguhnya kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bai mereka azab yang sangat pedih. (Quran 16:63)

Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (al-Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselilihkan itu dan menjadi petujuk dan rahmat bagi kaum yang beriman (Quran 16:64)

Dan hadis yang memberitakan tentang berpecahnya kepada 73 puak ialah:-

Hadis pertama: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya. Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya:- Telah berpecah umat Yahudi kepada 71 puak dan umat Nasarani seperti itu juga. Dan nanti umatku akan berpecah kepada 73 puak atau firqah.

Hadis ini di riwayatkan oleh Imam Tirmizie dalam sahihnya (Kitab sahih Tirmizie) juzuk 10 muka surat 109.

Hadis kedua: Dari hadis ini Rasulullah saw memberitahu yang umat Yahudi akan berpecah kepada 71. Dan umat Nasarani akan berpecah kepada 72 puak dan umatnya akan berpecah kepada 73 puak

Hadis ketiga: Dalam kitab yang sama juzuk dan halaman muka surat yang sama berbunyi. sabda Nabi saw:-Maksudnya:- Bahawasanya Bani Israil berpecah kepada 72 puak(Millah) dan akan berpecah umatku kepada 73 millah. Semua mereka masuk neraka kecuali satu. Bertanya para sahabat: Dan siapakah dia itu wahai Rasulullah? Jawab baginda: Mereka yang berpegang sunnahku dan sunnah sahabatkku.”

Dalam satu riwayat yang lain. Sabda Rasulullah saw:-

Hadis ke empat: Maksud:-Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam tanganya, nanti akan berpecah umatku kepada 73 puak (firqah). Maka satu sahaja masuk SYURGA dan yang 72 puak lagi masuk neraka. Bertanyanya sahabat: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Jawab baginda: Ahlussunnah Wal Jamaah”. – Riwayat At Thabranie.

Dari hadis pertama, kedua, ketiga dan keempat Rasulullah saw memberitahu yang umat Yahudi akan berpecah kepada 71. Dan umat Nasarani akan berpecah kepada 72 puak dan umatnya akan berpecah kepada 73 puak dan pada Hadis ketiga dan keempat Rasulullah saw menerangkan yang umatnya semua akan masuk neraka kecuali satu saja yang akan masuk syurga iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dari hadis-hadis ini membuktikan yang umat Islam akan berpecah, dan hanya satu yang terselamat masuk ke syurga. Disamping itu Rasulullah saw juga ada bersabda:-

Maksudnya:-

Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi dejenkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekalipun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasarni? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu.

Dan dari hadis yang lain disebut juga kamu akan mengikuti orang Yahudi dan Nasarani memasuki lubang dhab.

Begitulah keadaan umat Islam yang akan berpecah dan menuruti orang Yahudi dan Nasarani. Apa kesalahan yang dilakukan oleh mereka, malahan bukan itu saja, bahkan pendita(ulama) mereka membuat kesalahan dan orang awam pun membuat kesalahan. Sebagimana Allah berfirman:

Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah(1), dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (Quran 9:33)

Dan Allah berfirman lagi Hai orang-orang beriman, sesungguhnyanya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasarani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. (Quran: 9:34)

1. Maksudnya mereka mematuhi ajaran-ajaran orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.

Malahan diambil satu kisah iaitu ‘Adi bin Hatim pada suatu ketika pernah datang ke tempat Rasulullah saw – pada waktu itu dia lebih dekat pada Nasrani sebelum masuk Islam – setelah dia mendengarnya ayat tersebut (Quran 9:31), kemudian ia berkata :- Ya Rasulullah!Sesungguhnya mereka tidak menyembah para pastur dan pendita itu. Maka jawab Nabi saw maksudnya- Betul! tetapi mereka (para pastur dan pendeta) itu telah menetapkan haram terhadap sesuatu yang halal, dan menghalalkan sesuatu yang haram, kemudian mereka mengikut. Yang demikian itulah penyembahannya kepada mereka – H.R. Tirmizi

Dan di dalam ayat lain Allah berfirman: Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta: bahawa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah tidak mendapat bahagia. (Quran An’nam 119)

Dan di ayat lain: Dan engkau akan melihat kebanyakan dari mereka akan berlomba-lomba dengan dosa dan permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya buruklah apa yang mereka kerjakan. (Quran Al-Maidah 5:62)

Allah berfirman: Mereka tidak melarang tidak melarang akan pendita -pendita mereka dan orang-orang alim mereka dari kata-kata dosa mereka itu. (Quran Al-Maidah5:63)

Surah An Nisa ayat 171-173: Wahai ahli kitab janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; Sesungguhnya al- Masih Isa anak Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikan kepada Maryam dan Ia juga tiupan daripadanya.

Sesungguhnya jarak dari Nabi Musa hingga sekarang 2000 tahun lebih, jarak dari Nabi Isa hingga sekarang 2000 tahun dan jarak umat Muhammad hingga sekarang ialah 1400 tahun.

Kita dapat lihat apa yang terjadi kepada orang Yahudi dan Nasarani sekarang, dimana umur umat Yahudi ialah 2000 tahun lebih dan umur umat Nabi Isa ialah 2000 tahun dan umur umat Muhammad ialah 1422 tahun.

Jika di kira perkiraan sebenar, dibawah ini saya tujukan perkiraan sebenar bagimana umur umat Nabi-Nabi:-

PENGIRAAN UMUR UMAT NABI-NABI

Umur Umat Nabi Musa iaitu Yahudi -> 1200 SM + 2002 M = 3202 tahun<

Umur Umat Nabi Isa -> 1SM + 2002M = 2003 tahun

Umur Umat Nabi Muhammad-> 570M – 2002M =1432 tahun

Nabi Musa Lahir pada tahun 1200 SM (Sebelum Masihi)

Di Utuskan kepada Yahudi /Bani Israil

Sebab di Ditindas oleh Firaun Ramses II

Kitab Suci – Taurat

Mempunyai ulama/ pendita hingga ke hari ini

Nabi Isa Lahir pada tahun 1 SM (Sebelum Masihi)

Pemerintah – Herod The Great (Emperor Romawi)

Di utuskan kepada kaum Yahudi/Bani Israil

Kitab Suci – Injil

Mempunyai Ulama/Pendita hingga ke hari ini

Nabi Muhammad saw lahir tahun 570 M(Masihi)

Di Utuskan kepada seluruh dunia

Kitab Suci – Al-Quran

Mempunyai Ulama hingga ke hari ini

Dari hadis Rasulullah saw:-

Sesungguhnya Allah mencabut ilmu, dengan mematikan para Ulama.

Dari satu kisah diterangkan semasa Nabi Muhammad saw sebelum menjadi Nabi, pamannya (datuknya) ditegur oleh dua kali oleh pendita -pendita nasrani, kedua- dua semasa ia masih kecil dan mereka (para pendita Nasrani) menyatakan ia akan menjadi Nabi akhir zaman.

Soalnya tanya lah pada diri sendiri?? Tetapi penulis berpendapat masih ada ulama tetapi bilangannya sangat sedikit.

BEBERAPA HAL-HAL ORANG-ORANG YAHUDI, NASARANI AKAN DI TURUTI OLEH UMAT MUHAMMAD SAW BERDASARKAN HADIS DIBAWAH

Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejenkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekalipun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasarni? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu.

Di sini saya akan menceritakan satu kisah dan tauladan bagimana orang-orang kristian menyembah para kubur Nabi mereka dan dulu orang melayu pun menyembah para-para keramat mereka dengan menyembah dan mengadakan satu upacara khas menyediakan hidangan untuk keramat mereka yang telah mati. Ini adalah satu daripada penyembah-penyembahan mereka sebagimana orang Yahudi dan kristian. Mereka meminta tolong kepada keramat-keramat tersebut dan bukannya meminta tolong kepada Allah swt.

Orang-orang Arab pula selepas sekian lama Rasulullah saw wafat mereka mencipta hadis-hadis palsu seperti hadis-hadis maudlu’ untuk kepentingan politik mereka, sedangkan Rasulullah saw maksudnya Aku Diberi Al-Quran dan menyamainya (Sunnah). Tetapi orang-orang kristian mengubah kitab Injil.

Orang-orang Kristian mengatakan Paul adalah Nabi, sebenarnya ia adalah Nabi Palsu, dan mendakwa ia Nabi. Musalmah adalah seorang yang mendakwa ia adalah Nabi sedangkan sesetengah orang-orang Arab mengatakan ia Nabi, sebenarnya ia Nabi Palsu dan mendakwa ia Nabi dan bangkit menentang Khalifah Saidina Abu Bakar. Tetapi dapat di kalahkan oleh Saidina Abu Bakar.

Orang-orang Yahudi dan Nasarani menghalalkan Riba sedangkan orang-orang Islam pun begitu juga menghalalkan riba. Bukan riba itu satu penindasan. Di dalam Quran Allah firman Allah menghalalkan Jual Beli dan mengharamkan Riba.

Masjid-Masjid kosong oleh Jemaah sedangkan, Gereja-gereja kosong oleh penganut-penganut Kristian.

Timbulnya ajaran sesat oleh pihak kristian dan di pihak Islam timbul juga ajaran sesat.

Perpecahan di dalam Kristian seperti Protestan, Khatolik. Perpecahaan di dalam Islam seperti golongan Jabariah, Golongan Muktazilah, Qadariah, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan lain-lain.

Di dalam Kristian terdapat ulama atau dipanggil pendita Jahat di dalam Islam terdapat ulama Jahat.

Dulu Kristian di kuasai oleh pendita iaitu ulama, kini Di kuasai oleh Umarak dan Islam Dulu di kuasai oleh Ulama kini di kuasai oleh Umarak.

Dulu Negara Kristian tak mahu Hukum Allah dan sekarang mereka tak mahu langsung menjalankan hukum Allah, sekarang banyak negara Islam tak mahu hukum Allah, akan datang mungkin semua tak mahu menjalankan hukum Allah.

Dulu kristian menutup aurat, sekarang mereka membuka aurat, Umat Islam dulu menutup aurat sekarang sebahagian membuka aurat, akan datang mungkin mereka membuka aurat.

Advertisements

Responses

  1. Alquran, sunnah Nabi Muhammad S.A.W.Hudud dan Qisas inilah Islam sebenar2nya. Inilah dikatakan Negara Islam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: